THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, February 13, 2011

sedih & sabar

Dalam dunia ini kita sebagai manusia xkan terlepas dari bermacam masalah, seprti juga aku yg sentiasa dilanda masalah yang kadang kala menyebabkan aku lemah dan tak berdaya untuk meneruskan hidup. Dugaan dan cabaran datang melanda bagai tsunami yang merempuh sebuah perkampungan. Kesannya mendalam sehingga terlekat parut. Begitu juga situasiku pada hari ini. Aku merasakn hidupku kosong, entah mengapa perasaan tersebut menyelidap keseluruh mindaku…..


Sambil merenung keluar jendela, aku terpikir nasb diriku, mengapa berat dugaan yang harus aku lalui dari sehari ke sehari sehingga ku rasakan yang aku sudah tidak mampu untuk bernafas dengan sempurna. Terasa sesak yang teramat di dada ku memikirkan kelakuan dan perasaan ku yang sering berubah-ubah….

Aku tidak tahu mengapa persaan ini muncul dalam diriku, kurasakan aku KESEORANGAN ,KESEPIAN tidak berteman. Perasaan ku bercampur baur sehingga aku jadi give up untuk teruskan hidup. Mengapa??? Mengapa dan mengapa???erm….

Mungin aku seorang yang mudah terasa dan mengambil sesuatu perkara dengan terlalu serius. Aku berharap kesedihan aku dapat dilupakan dengan secepatnya kerana aku masih mahu menjalani kehidupan yang normal dan tidak hanya selalu bersedih setiap masa..

Setiap manusia yang sentiasa diduga dengan masalah adalah kerana ALLAH ingin menguji kekuatan dan ketaatan hambanya… inilah yang menyebabkan aku menjadi kuat dan aku gembira kerana ALLAH masih sayangkan aku.. ALHAMDULILLAH…


0 comments: