THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, July 25, 2011

kasih sayang :)

Sahabat yang baik...
apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati ALLAH...
mendengar kata-katanya menambahkan ilmu..
terlihat gerak gerinya menambahkan ketakutan kepada ALLAH
berkawan dengannya berjuang ke jalan ALLAH









(^_^)!!! perlunya kasih sayang 
 antara sahabat....sebagai penghubung..... :)



Sunday, July 24, 2011

(^_^)!!!!!

Sahabat..apa ertinya…..!!!!

Disaat aku gembira.ramai yang menghampiri…
Berkongsi cerita,menumpang gembira..
Sentiasa  ada untuk bersama…

Sahabat….
Disaat aku menggapai awan…menjulang kejayaan..
Kau ada seinci dekatnya denganku..
Sentiasa ada untuk bersama..

Sahabat…
Ada ketika aku kesedihan….
Kau hilang entah kemana…
Disaat aku memerlukanmu..
Kau jauh berbatu dariku….
Andai hari ini, reality persabahatan dapat diungkap…
Pasti ada yang menangis……
Kerana sukar dan peritnya mencari sahabat yang bisa ada bersama..
Sama ada suka atau duka………….

Sahabat…
Andai isi hatiku kau kupas,dan kau selami..
Pasti akan ada kejutan…..
Tanpa kau tahu..aku menangis dalam solatku…
Aku merintih dalam doaku…..
Terkadang aku terasa..terkadang aku merana……

Sahabat….
Andai aku bukan yang terbaik..maafkan aku sahabat..
Andai aku bukan teman yang kau cari….
Carilah yang lebih baik dariku……
Andai kalam kata ku mengguris hati kecilmu…
Ampunkan aku wahai sahabat…….
Namun apa yang dapat aku ungkapkan…
Sepanjang persahabatan kita..itulah saat yang paling indah buatku
Yang xmungkin dapat kulupakan hingga ke mati………..!!!!!!!!

mun_bulan (^_^)!!!

Monday, July 11, 2011

Im A Nurse...

Sedar xsedar skunk nie..dah masuk tahun akhir dah. dah macam2 pengalaman yang dilalui sepanjang 2 tahun yang penuh dengan dugaan, rintangan dan cabaran,namun semua 2 sangat mematangkan diri sendiri. Mengubah diri dari seseorang yg cetek dalam ilmu kesihatan dan sains sehingga kini mampu bangga dengan diri sendiri kerana bakal menjadi seorang NURSE!!!!




















Nie adalah sebahagian dari kenangan semasa tahun 1, sampai sekarang masih ingt. :) hihih.... kata org kenangan yang macam  nie xkan dapat kat mna2...so simpan la kenangan nie supaya bila dah keje nanti dapat ingt semula..mesti sweeet kan..!!!! :)




Jom kenal personaliti anda,, :)

Ramai memperkatakan tentang cara mengenal personaliti, dan terkini, masyarakat Jepun melalui agensi cari jodohnya menggunakan teknik mengenal pasti personaliti mengikut jenis darah. Personaliti melalui jenis darah kedengaran agak pelik? Mari sama-sama kita lihat.


























1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)

Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.
Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.


2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.


3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.
Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.


4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.



p/s macam betol. :)

Sunday, July 10, 2011

Tolong!!!! nk demam..running nose.. :(

Waa..sedihnya... demam rindu ker demam apa nie?? Erm,xlarat sgt,,, badan panas jer.. nie mesti sbb makan durian yang die beli tadi nie.Tula, nk mkn sgt durian,kan dah demam...YaAllah.. mintak2 la baik cepat...nak kene wat asgemnt nie... objektif dah siap...nak wat jer xlarat g rasanya..


















MAKAN MMG SEDAP...PAS2... Seee the consequence!!!!



** erm, bila die dah balik terus nak demam... :( harap esok ok!!! nite semua

Terharu dengan kata2 kamu sayang.. :)

Tiada kata2 yang dapat diluahkan setelah membaca ayat2 yang ditulis oleh MUHAMMAD RAUSYAN... kata2 yang menyentuh perasaan dan membuatkan diriku terasa berharga sekali.. :) tq sayang..


tanggal 6 mac 2011, termeterailah satu ikatan cinta dua insan antara aku dan si dia. memang sudah lama ku memerhatikannya, melihat kehadirannya di alam maya, mengimpikan wanita sepertinya .Namun sukar untuk mendekatinya kerna pelbagai masalah dan halangan terpaksa ku lalui...setiap kali hadir masalah, akan ku bayangkan wajahnya ketika kali pertama aku bersua muka dengannya disaat ingin memberikan kunci kereta sewa. pada waktu itu, ku akui hatiku berdebar-debar, jantungku berdegup kencang umpama ada yang yg memukul...dalam hati lalu ku berkata"kenapa dengan aku ni,ahhhh!!!!ini cuma mainan perasaan"...bermula dari hari itu...wajahnya sentiasa tebayang dalam benakku. ditambah pula keadaanku yang langsung tidak bahagia...aku benar2 inginkannya. kini ia bukan lagi mimpi,bukan lagi fatasi tp ia benar2 realiti. bunga yang ku intai selama ini menjadi milikku~alhamdulillah.

kebahagiaan demi kebahagian mula mencorak kehidupan ku. baru ku rasa apa itu erti cinta, apa itu erti sayang apa itu erti rindu. aku sedar,aku hanyalah seperti kain buruk yang hanya tunggu dibuang. tp aku tidak pernah berputus asa untuk cuba menjadi yang terbaik di matanya. kerana aku yakin, sejarah hitam yang pernah berlaku dalam hidup ku itu bukannya kehendakku. tp, aku telah terperangkap dengan cinta yang palsu dan penuh hipokrit. tp aku bersyukur kerana aku masih lagi diberi peluang untuk mencintai dan dicintai.terima kasih Ya Allah.......kini aku berharap agar hubungan aku dengan si dia berkekalan hingga di pintu syurga Firdaus. aku berharap dan sentiasa berdoa agar si dia sedia menerima keadaanku seadanya. syukur alhamdulillah, aku benar2 bahagia dengannya.

tanggal 16 mei 2011, aku telah berjaya memenuhi hasrat si dia untuk bersemuka dengan orang tuaku. alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. setibanya di dusun keluarga. ibu bapaku menyambut baik "bakal menantu mereka". senyuman yang manis saling berbalas antara satu sama lain. ku akui.di saat itu, hatiku berdebar kencang!!!!!tapi aku kena berlagak Macho....hehehehe...ibuku telah memberikan sehelai sepersalinan kepada si dia untuk dipakai. terus terang bila ku lihat dia berkain batik, ku bayangkan dialah wanita melayu terakhir untukku...begitu canti dan menawan. hatiku terseyum riang. kemudiaan, ku lihat keakraban antara orang tuaku dengan si dia walaupun baru saja berkenalan. kami memasak bersama, berkngsi cerita dan bergurau senda..untuk pengetahuan dunia....dialah wanita pertama yang ku bawa bertemu dengan orang tuaku.......ini merupakan satu sejarah bagiku.....setelah selesai memasak, kami makan bersama sambil berkongsi cerita. sungguh indah saat ini...sukar untuk ku lupakannya.

tanggal 7 jun 2011, tidak sabar untuk ku bersua dengannya....cutiku telah diluluskan.alhamdulillah....tapat pukul 7pagi aku bertolak ke kelantan dengan menaiki kuda burukku....aku tiba jam 1230pm...tp aku tak dapat terus menemuinya kerana si dia ada urusan....tp aku telah berjanji untuk menjemputnya pada jam 5pm......tepat jam 5 pm...aku menjemputunya...ku akui perasaan berdebar untuk berjumpa dengan orng yang tersayang menguasai jiwa.yaeah!!!!!masing2 melemparkan senyuman.....selama tiga hari aku disana....pelbagai peristiwa menarik telah aku dan si dia lalui..ini lah kenangan paling indah dalam hidupku......alhamdulillah....tq sayang

tanggal 10 jun 2011, aku terpaksa pulang ke pulau pinang kerana masih ada tanggungjawab disana.perassan sedih menguasai jiwa. hatiku meronta2 untuk menghalangku meninggalkannya. air mata berlinangan....sukar untuk berjauhan dengannya...sehingga saat ini aku terasa amat sunyi dan rindu akan senyumannya, gurau sendanya dan belaiannya

Munirah Mohamed...dikaulah permaisuri hidupku...ku yakin tulang rusukku ada bersamamu...izinkan ku menjadi raja dalam hidupmu hingga akhir hayat ku.........

hasil nukilan dari hati yang suci...
(MUHAMMAD RAUSYAN ABD RAHMAN)


Saturday, July 9, 2011

tq ALLAH :)

Sesungguhnya kebahagiaan yang ALLAH kurniakan kepada aku dapat berkekalan sehingga bila2.... kegembiraan yang xdapat diluahkan dengan kata2... Terima kasih Allah... semoga berkekalan sampai bila2.. mungkin ini juga kebahgaiaan yang aku tunggu setelah aku dikecewakan dulu.. alhamdulillah.. :)    


          

Tuesday, July 5, 2011

Berhabuk berdebu...time to touch up!!!

hello2.....salam semua... lama btol la xupdate blog Glucosecorner nie..last pown masa sem lepas gara-gara terlalau bz sgt dengan exam final. Harap semuanya cihat belaka yer. Hihi..sepanjang xberblog nie juga banyak perubahan yg dah berlaku..apa die yer?? ihih....IM NOT SINGLE now.. :) my heart was taken by someone.. :)



ok, nak sambung stdy.esok ada CA gynecology.. :) gud luck semua..muahxxx
 

Saturday, July 2, 2011

Jom layan.. :)

Time sdty tadi tetiba boring, ha...dok pakat main snap gambo... tetiba rasa cantik la, Layan jer la sebelom semua tdo...Zzzz :) 
















AKU_PEN_BINTANG
















SELAMT MALAM SEMUA..muahxx

Thursday, June 30, 2011

New semester !!!!!

hello...hello semua..... aduhai..lama sungguh la xmasuk blog nie. rindu x?? hihih... 2la...gara2 bz dengan maca2 program..nak update status pown xsempat. Tpai skunk nie dah agak releks..Kalo nak tahu, semster nie adalah semester yang ke5 dan  nie merupakan tahun akhir. Xsabar nak habizkan tapi takot jugak sbb nya nak kene amik LJM= lembaga jururawat malaysia. sbbnya, kalo xlulus exam nie anda semua xleh nak jadi NURSE!!!! huhu..dengar pown seram oooii...ohoi.....ohoi..ihih..  

  
Bermulanya semster baru nie maknya mmg kene tumpukan betul-betul pada pelajaran sbbnya xnak la pointer drop. waluapown sem lepas pointer agak turun tapi ALHAMDULILLAH sbbnya PNGK still ok. so sem nie kene la kje keras cikit, dah xleh nak main sgt.. yang paling penting kene penuhkan CROSS. Apa??xtau apa 2 cross?? cross nie adalah procedure yg kita kene wat di makmal sebelum masuk ke wad. so kene penuhkan sbbnya marks die dikira untuk final... :)


kalo boleh saya nak 4 flat sem nie..hahhahaha.... ingt 1 kata2 dari maksu...NOTHING IS IMPOSSIBLE!!!






Utk pengetahuan semua,semster nie subjek die mmg best gler la...serius xtipu!!!!  nak tau subject apa???  




   OBSTETRIC, GYNECHOLOGY, NURSING PROFESSIONAL DAN JUGA MEDICAL & SURGICAL




Obsetrik nie la..belajar pasal baby n pregant women, mmg best la sbb mmg excited sgn nak belajar tajuk nie..


















Pas2 kitorang ada jugak belajar tentang stage2 yg berlaku semasa proses kelahiran n banyak la yang dapat kita tahu, pendek kata tajuk nie mmg sgt sesuai utuk wanita seperti munirah..hihih.. :) bnyak ilmu dapat digunakan bila dah jadi ibu..tula untungnya jadi NURSE!!



Selain itu, ada juga pembelajaran mengenai cara2 untuk meningkatkan kasih sayang ibu dan bayi seperti penyusuan dan juga sentuhan. :) menarikkan???

















Obstetric Ultrasonography of Fourth Month Fetus

Tuesday, March 29, 2011

mAsAk mEmaSaK bEsAmA ChEf Mun.... :)

Dah lama betul xmasak sejak2 start praktikal..maklumla, bz cikit, so nak makan semua beli jer… tapi 2 lah, lama2 gian plak nak masak. Hujung minggu xde wat apa, tunggu apa g, masak la kat asrama. G pon nak tunjuk la kat korang2 periuk kesayangan yang dah guna hampir 2 tahun. Periuk nie mmg berjasa gler. Kalo xde mmg xmakan la. J…..
So apa menu untuk hujung minggu nie?? SPAGETTI!!!!!!!  Selau dok beli jerk at cafĂ©, kali nie wat sendiri..waa..macam xcaya, tapi berpandukan resepi yg aku tgok kat internet, aku pon masak la sendiri..boleh tahan la rasanya…ihih ( pasan lak) papa pon layan jer la gamboo  n my resepi nie…hihih…

BAHAN-BAHAN
1 paket spaghetti
1 botol sos spaghetti jenama KIMBALL( CENDAWAN)
1 paket kecil cili kisar
1 paket hotdog
Ayam hancur jenama ramli ( sedap, jenama lain xsedap sgt..hihh)
2 biji bawang besar
Minyak masak
Gula
Garam
Air masak

CARA-CARA MEMASAK
1)      Didihkan air dalam periuk,masuk garam 2 sudu kecil,masukkan spaghetti,masuk 2 sudu minyak.Angkat setelah spaghetti lembut

2)      Panaskan kuali dgn minyak,masukkan  bawang merah.Setelah naik bau,masukkan cili kering.Tumis sampai naik minyak.

3)      Setelah itu,masukkan isi ayam.Masukkan sedikit air,biar sekejap sehingga isi ayam betul-betul masak.

4)      Kemudian masukkan sos spaggeti dan masukkan hotdog yang telah dipotong.

5)      Masukkan garam dan gula secukup rasa.

6)      Siap untuk dihidangkan.....


                    InIe dIe rAmUaN RaHsIa..HIHIH..SOS SPAGHETTI.. :)



bb                                 BaHaN-BaHAn yaNG DiGuNaKaN...
                                                                                                                                                                          

                         SpAgEtIi YaNg DiReBuS DengAn sEdIkIt GaRaM DAn mInYaK mAsaK...


KuAh yAnG TeLaH SiAp dImAsaK


SiAp DaN SedIa uNtUk dImAkAN...MUDAH,CEPAT DAN MENYELERAKAN!!!


Saturday, March 26, 2011

Hujung minggu yang boring bertukar CERIA!!!

 
 Cuti hujung minggu kali nie mmg sedih sangat, mmg tersangat sedih sbb xde orang yg tersayang..rasa lain macam jer... die jauh kat sana skunk..tapi xper, saya gunakan masa yang ada dengan meng update blog saya yang tercinta nie...hihih.... nie gambar2 kat WEB CAM ...mmg suker gler gamboo... cer layan jer la......   


   


PESANAN..GAMBAR INI HANYA UNTUK SUKA SUKI SAHAJ,BUKAN UNTUK PAPARAN MARKET...HIHI :) LAYAN JERR
** rasa macam dulu KURUS..hihih..skunk dah gemok..!!!!!!



Friday, March 25, 2011

~~ wing2 layan jer... :)

Kasih Dengarkanlah BY REPUBLIK
Kasihku dengarkanlah
Ingin kubicara tentang apa arti cinta
Yang tlah kita rasa
Cinta bukanlah sekedar
Pengorbanan semata
Tapi cinta punya rasa
Yang mengalahkan segalanya

Biar ku ungkapkan cinta
Walau cinta itu hampa
Hanya satu kubuktikan semua
O... o... sayangku

Abadi semua rasa tulus dihatiku
Tak temani malam pekat berikan ku cahaya
Kau beri kau rasa semua kan nyata





Monday, March 21, 2011

Bulan semakin hampir ke bumi

Bulan semakin hampir ke bumi
Hari Sabtu ini 19 Mac bersamaan malam 15 Rabiul Akhir 1432H para sanitis melaporkan satelit bumi iaitu bulan akan berada paling hampir dengan bumi sejak 18 tahun lalu.
Lazimnya jarak bulan dengan bumi adalah sejauh 406,300km tetapi pada hari berkenaan jaraknya semakin hampir kira-kira 356,700km iaitu 49,600km lebih hampir dari hari-hari biasa. Kerana itu pada hari Sabtu nanti bulan akan kelihatan lebih besar dan lebih terang bercahaya berbanding hari-hari lain.
Fenomena ini menarik dan sudah pasti membuktikan kepada mereka yang beriman betapa hebat dan besarnya kuasa Allah swt.
Menurut akhbar The Star: http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/3/15/nation/8270079&sec=nation terdapat laporan “online” yang mendakwa bahawa fenomena ini akan turut mengundang malapetaka dengan ribut taufan, gempa bumi, letupan gunung berapi dan berbagai lagi kejadian alam yang bakal meranapkan bumi.
Sudah pastilah dengan kejadian gempa dan tsunami di Jepun Jumaat lalu ramai yang akan panik dan bimbang dengan dakwaan ini.
Namun menurut Prof Dr Chong Hon Yew pakar astronomi dari USM tiada bukti saintifik yang memungkinkan kita semua perlu panik.
Disaat begini elok sangatlah kita merenung firman Allah swt di dalam al Quran surah az Zumar:38 makusdnya:
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".
Ayat di atas memperlihatkan konsep tawakkal kepada Allah dalam semua keadaan. Kebaikan dan kejahatan adalah dari Allah. Dia yang menyebabkan segala-galanya. Dia yang berkuasa atas segala sesuatu, Subhanallah.

Saturday, March 19, 2011

KISAH ALBUM LAMA

FUH!!! FUH!! TIUP2 CIKIT…tudia haa, sampai berabuk2 la gambar2 yang ada dalam album nie… lama btol xtgok… sweet moment masa nie, masa sambutan HARI RAYA AIDILFITRI tahun lepas kat USM… 

Jom layan gambar2 yang agak comel n cun nie… ( pasan jap)

                                                      
         ~~ saya dan tyra,my best frenss :)


inie die sahabat saya, dari kiri cik ain, n fina my roomates..then its me..hihih.. yg kanan sekali my sayang tyra nasuha.. :)


kongxi kongxi.!!! macam raya cina lak..huhuh





my roomates...yang selalu dikacau oleh aku setap waktu malam.hihih


Thursday, February 24, 2011

SEpAGi BeRsAmA GaJaH...



KISAH GAJAH DIBANTING.. J SERAM +BEST+ MENAKUTKAN = BEST MOMENT IN LIFE




Maka tersebutlah 1 kisah yang menjadi ingtan aku sampai arinie..hihih… kisah aku, bus transnasional dan gajah-gajah… J kisahnya bermula begini…
Pada zaman dahulu, ada sekawna gajah sedang bermain2 di tepi tasik..aih!!!! silap2, 2 intro cter kanak2 la..hihih.. sasul la pulak.. ( dulu msa skoll rendah masuk pertandingan bercerita la katakan..:) )

22/2/2011

Arinie merupakan ari yang paling gembira sbb dapat balik peneng. Apa yang best lagi adalah sbb aku xbalik masa cuti sem ari2, mmg sedih gler la… ALLAH je tahu cam na perasaan aku sbb xdapat balik.. L sedih2… tapi aku amik keputusan untuk balik pada tarikh nie sbb aku kene TEST JPJ!!!!!! OOWW..
Hihih…pendek kata, sambil menyelam minum air la nie kan, alang2 test jpj, terus bercuti la.. hihih..heaven2…  maka cerita aku pon bermual.berapa kali mula dah la.. 

Ptg sebelum nak balik:
Xtau la kenapa perasaan aku lain sangat. Tetiba aku rasa cam xhappy je nak balik. Apa yang merisaukan aku adalah, tetiba jer aku rasa xsedap hati, seolah2 something bda will happen. Aku pon xtau la kenapa…rasa macam ada je benda buruk akan jadi.. ( suspen2)
Dengan perasaan yang xkene, xsedap hati… duduk xkene, berdiri xkene, baring!!! Lagi la xkene (ayat dalam anak mami the movie) ngeh2… tapi mmg aku rasa seolah2 aku dah nak mati je,xtau la naper, then aku mintak maaf kat kawan2 aku yang terdekat termasuk roommates aku la, kang mintak maaf kat semua, terkejut lak diorang..hihih


Jam 9.00 malam :
Dengan perasaan yang berat hati nak naik bus, aku pon naik n masa nak g kat bus, tyra my best frenns yang anto kan.. dalam bus, aku diam jer… tp aku still rasa semacam, ada jer yang xkene, aku rasa takot. Dalam otak nie, terpikir kemalangan jer.xtau la naper aku pkir cam 2. Sepanjang perjalanan mmg aku xleh nak tdo, aku rasa cam bus nie bawak laju..die siap main corner g..bawal laju nak mampus. Kalo la die tahu masa 2 aku dah kecut perut kot kat sit belakang…hihuhuh…sabo je la.. sampai la 1 tempat..JENG2…
1.44 am ( agak2 la…silap sory )hihiih

Tetiba jer bus bergerak perlahan..suspen gler aku..
Dalam hati : awat pulak dah nie…berhenti xpasai2…erm.. aku dah la mmg tengah takot.
Ok,pas2 bus 2 lintas semua keta yang lambt kat depan.. n kami bus aku duduk depan sekali..then…



SURPRISE.. ADA GAJAH MELINTAS UPAYANYA…ptt la semua keta berhenti, mujur die xngamuk n pemandu 2 cepat2 tutup lampu bus. Aku punya la takut masa 2.. bukan apa, aku takot die tolak bus mauk gaung, jenuh.. aih, risau gler… aku terus capai spek mata aku yang berhabuk2 then dapat gok gajak dengan jelas.. YA ALLAH.. LIFE KOT TGOK GAJAH 2 DEPAN MATA… beberapa meter jer dari aku, n aku dapat tgok die berjalan melintas bus kami.. mmg SEJARAH la, sbb mmg aku xpernah tgok gajah depan2… ada juga gajah yang lalu sebelah bus…uuuu.. best moment gler!!!!!
Hampir  10  minit kami tunggu, tapi hairannya gajah 2 xbergerak pon. Naik hairan la kami semua, kalo die xjalan, cam na bus nak lalu kan.. J hihih last2, baru tau.. sbb dengar pemandu bus jerit.

GAJAH BRANOK!!!! GAJAH BERANOK!!! ( GAJAH BERANAK)HIHIH…
Ptt la die xjalan,ihih… dah hampir 15 minit, gajah 2 pon ketepi jalan n bus pon jalan macam biasa… 2 jer la.. mmg suspen la.. J n sweet moment sangat.. xsemua org dapat tgok tau
p/s dah 2 tahun lalu jalan yang sama nak balik dari kelantan ke pulau pinang, 2 la kali pertama jumpa..

Monday, February 14, 2011

BiLa aKu bErBiCaRa tEnTanG CiNtA

Cinta…
Terlalu suci untuk aku gambarkan,
Terlalu payah untuk aku ceritakan,
Tapi terlalu mudah untuk kecewa kerana cinta….
Cinta….
Hanya yang mengerti tentang cinta sahaja,
Dengan ikhlas menghargai sebuah cinta…
Cinta..
andai aku kecewa kerana cinta,  
aku pasti aku juga akan gembira kerana cinta…
kerna cinta aku lahir di dunia..
dan kerana cinta juga aku akan kembali kepadaNYA…
cinta….
terlalu payah bagiku untuk menemui dirimu..
berkali ku jatuh dan bagun…
kecewa dan putus asa kerana engkau wahai cinta…
cinta…
andai suatu hari aku jatuh cinta,
aku berharap cintaku hanya kepada seseorang betul menghargai diriku…...
yang akan membawa ku ke SYURGA…
Cinta..
Andai ada lelaki yang mencintai ku…
Berikan aku petunjuk supaya aku tahu…
Dia adalah jodohku..supaya aku tidak mencari lagi…
Cinta…
Ingin ku bina cinta dengan penuh kasih sayang,
Xingin sekali aku khianati cintanya lagi…
Izinkan aku kekal dan bahgia bersamanya..
Hingga ke akhir nafasku…..













Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh ALLAH Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Bersama kita hayati lagi ini yang sangat menyentuh perasaan dan sanubari ku…. YA RASULULLAH oleh Raihan.

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Sunday, February 13, 2011

sedih & sabar

Dalam dunia ini kita sebagai manusia xkan terlepas dari bermacam masalah, seprti juga aku yg sentiasa dilanda masalah yang kadang kala menyebabkan aku lemah dan tak berdaya untuk meneruskan hidup. Dugaan dan cabaran datang melanda bagai tsunami yang merempuh sebuah perkampungan. Kesannya mendalam sehingga terlekat parut. Begitu juga situasiku pada hari ini. Aku merasakn hidupku kosong, entah mengapa perasaan tersebut menyelidap keseluruh mindaku…..


Sambil merenung keluar jendela, aku terpikir nasb diriku, mengapa berat dugaan yang harus aku lalui dari sehari ke sehari sehingga ku rasakan yang aku sudah tidak mampu untuk bernafas dengan sempurna. Terasa sesak yang teramat di dada ku memikirkan kelakuan dan perasaan ku yang sering berubah-ubah….

Aku tidak tahu mengapa persaan ini muncul dalam diriku, kurasakan aku KESEORANGAN ,KESEPIAN tidak berteman. Perasaan ku bercampur baur sehingga aku jadi give up untuk teruskan hidup. Mengapa??? Mengapa dan mengapa???erm….

Mungin aku seorang yang mudah terasa dan mengambil sesuatu perkara dengan terlalu serius. Aku berharap kesedihan aku dapat dilupakan dengan secepatnya kerana aku masih mahu menjalani kehidupan yang normal dan tidak hanya selalu bersedih setiap masa..

Setiap manusia yang sentiasa diduga dengan masalah adalah kerana ALLAH ingin menguji kekuatan dan ketaatan hambanya… inilah yang menyebabkan aku menjadi kuat dan aku gembira kerana ALLAH masih sayangkan aku.. ALHAMDULILLAH…