THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Monday, February 14, 2011









Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh ALLAH Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Bersama kita hayati lagi ini yang sangat menyentuh perasaan dan sanubari ku…. YA RASULULLAH oleh Raihan.

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Sunday, February 13, 2011

sedih & sabar

Dalam dunia ini kita sebagai manusia xkan terlepas dari bermacam masalah, seprti juga aku yg sentiasa dilanda masalah yang kadang kala menyebabkan aku lemah dan tak berdaya untuk meneruskan hidup. Dugaan dan cabaran datang melanda bagai tsunami yang merempuh sebuah perkampungan. Kesannya mendalam sehingga terlekat parut. Begitu juga situasiku pada hari ini. Aku merasakn hidupku kosong, entah mengapa perasaan tersebut menyelidap keseluruh mindaku…..


Sambil merenung keluar jendela, aku terpikir nasb diriku, mengapa berat dugaan yang harus aku lalui dari sehari ke sehari sehingga ku rasakan yang aku sudah tidak mampu untuk bernafas dengan sempurna. Terasa sesak yang teramat di dada ku memikirkan kelakuan dan perasaan ku yang sering berubah-ubah….

Aku tidak tahu mengapa persaan ini muncul dalam diriku, kurasakan aku KESEORANGAN ,KESEPIAN tidak berteman. Perasaan ku bercampur baur sehingga aku jadi give up untuk teruskan hidup. Mengapa??? Mengapa dan mengapa???erm….

Mungin aku seorang yang mudah terasa dan mengambil sesuatu perkara dengan terlalu serius. Aku berharap kesedihan aku dapat dilupakan dengan secepatnya kerana aku masih mahu menjalani kehidupan yang normal dan tidak hanya selalu bersedih setiap masa..

Setiap manusia yang sentiasa diduga dengan masalah adalah kerana ALLAH ingin menguji kekuatan dan ketaatan hambanya… inilah yang menyebabkan aku menjadi kuat dan aku gembira kerana ALLAH masih sayangkan aku.. ALHAMDULILLAH…


Pangilan hangit @ silap call??

Arinie rasa nak gelak guling2…hahah.. sgt lawak apa yg jadi today.. ceritanya bermula begini……….
Sedang leka aku memasak SPAGGETI tetiba aku dikejutkan dengan 1 panggilan talipon oleh org yg xdikenal… maka, dengan perasaan ragu, aku pon menjawab penggilan tersebut..

Lelaki: salam, awak munirah ker???

Aku:ye saya munirah n awak nak cakap dengan siapa??

Lelaki: saya nak bercakap dengan munirah..

Aku:owh..saya munirah. Ada pa ye?? ( curius)

Lelaki: saya BROTHER LOVE dari XFRESH FM..

Aku: ha?? SAPA NIE??xkenal la….. awak siapa??( tangan masih dok mengacau kuah spaggeti)hihih

Lelaki: awak pernah dengar radio XFRESH FM x???

Aku: pernah…tapi masa kat umah la.. kat u xdengar sbb xde radio.(aku menjawab dengan slumber)

Lelaki: macam nie..boyfrens awak ada nak sampaikan dedikasi untuk awak… so die suruh saya sampai kan..

Aku: eh???bila pulak aku ada boyfrens..cam na lak leh call..hahah… (gelak kecil sbb masih blur, dalam masa yg sama dok cari garam n tepung..hihih

Lelaki: oo..bukan boyfrens awak la..kalu macam 2.. mesti die nie peminat awak nie. Nama die khairuddin. Awak xkenal ker???

Aku:HA???? Xpernah dengar pon nama die… awak silap org kot nie.. biar btol..(dalam hati dok pasan dah..)

Lelaki : ooo..my b awak xkenal sbb die peminat awak kot. Tapi papa pon panggilan suara anda sedang dirakam, so awak ada apa2 ucapan ke untuk pendengar XFRESH FMdiluar sana??

Aku: ( still blur..hihih) ok2…selamat makan semua, sbb saya tgah masak spaggeti nie, hihih…

Lelaki: 2 je ke?ada papa lg ker??

Aku: xde2..yg 2 je la..hihih

Lelaki:ok2… terima kasih.

Aku: same2 ( dan terus letak tipon dalakm keadaan yg masih xpaham)..hihih

2la cter yang jadi ptg tadi masa aku tgah masak untuk mkn tengah hari. Terkejut aku ooo.. sapa laky g mnat kat aku 2. Papa pon aku xnak la pasan sgt, takot ada yg nak pekena je.hihih. papa pon mmg terbaik la..: )
Mmg suspen btol la, terbaik la..kah2.. ok2..tomorrow nak g ke penang, ada keje, see u agan.. miss u all. Muah2.. 
P/s tdo jgn lupa bca doa sbb takot mimpi kene kejar ZOMBI macam aku..kah2..  salam

Thursday, February 10, 2011

its me mun!!!..hihih...


salam ai semua... sapa la kat atas 2..hhih... aku la 2, cihat ke semua??? aku?? sihat2... baru sahaja lepas mkn spageti buatan sendiri..mmg sedap la!!! menjilat jari..hiih..
skunk nie dah nak dekat2 pilihan raya kampus nie, makin hot la rasanya. terasa kot bahangnya, papa pon make sure korang turun mengundi. jangan nak membuta je kat bilik. kalo nak tau PRK USM tahun lepas 60% je student yang turun.. xsepattnya benda cam nie terjadi tau. UNDI adalah sgt penting, so aku nak tahun nie semua pakat trun mengundi ok.!!


xde alasan lagi. korang tau x yg undian korang 2 sangat bernilai n berharga???
$$$$ hhi..maksud aku bukan dut, just kalo korang xpilih org yang sepatutnya naik untuk jadi pemimpin.. nanti jgn la kecoh pulak bila xde perubahan kat kampusla... pemimpin MPP xwat keje la.
so make sure korang turun untuk mengundi. MASA DEPAN UNIVERSTI DAN JUGA KEBAJIKAN PELAJAR penting ok!!!






dah la...xlarat nak membebel panjang2.. mau tdoo sebentar. ptg nie nak g makmal untuk cross..uuuhh.:( mals2. daaa..salam.



Wednesday, February 9, 2011

1 permulaan


ASSALAMUALAIKUM W.H.B ……

Akhirnya setelah beberapa lama saya berfikir untuk wat my own blog akhirnya hari ini saya telah Berjaya wat blog. Mulanya xnak buat sbb takot bz n xsempt nak meng update kan my blog, tp akhirnya setelah lama berfikir, xpelah.. ok jugak kalu wat blog nie kan sbb dpt kongsi idea dgn kawan2 n korang boleh la tau serba sedikit pasal saya
 .
                       Nama diberi MUNIRAH MOHAMED@ 은 모하메드





Hiih…that’s my name munirah yang bermaksud YANG BERCAHAYA..   mesti korang tertnya2 why letak nama MIZZ SCLERA kan?? Hihi…korang akan tahu bila dah selalu ikot perkembangan my blog… dari mata turun kehati..GTU~~~

4 ur information.. im taking DIPLOMA NURSING .. DI USM kubang kerian Kelantan.. jauh bebenor la dari umah saya..kat na umah saya??? Asalnya penang tp lahir kat negeri Sembilan.. 

Saya nie seorang yang simple but sgt SENSITIF..00..mudah terasa sebenrnya saya, tp kalo saya terasa dgn sapa2 pon saya akan diam je..tp muker saya mmg xleh nak sembunyikan. Kawan saya ckp kalo saya marah mmg nampak sgt mukar saya marah..hihihi..

Apa lg ek pasal saya..hihi… kalo tgok cter HANTU..HOHO…saya lah manusia yg sgt suker menjerit, n kalo jerit biasa je xperla..nie x..kalo saya jerit mmg kuat gler la… mau terkejut org.. yg lawaknya… kalo saya jerit tgok cter anto…kawan saya mesti akan jerit selepas sya jerit. Tp yg lawaknya…die jerit bukan sbb takot..tp sbb dengar saya jerit..hahah.. funny!!! ~~ guling2 aku gelak..hihihi

Tapi apa yg best about me adalah SAYA SUKER MASAK!!!!! Hihihi…
Mcam2 benda saya dah masak n saya masak just guna periuk nasi yg berjenama PENASONIC..mmg periuk 2 tagan sampai sekarang.dah nak masuk 2 tahun sy pakai. Bukan saya nasi, bubur, tomyam,bihun sup, sup cendawan je.tapi baru2 nie saya buat pudding roti kukus guna periuk nasi2..hihihi…

Nanti kalo ada masa…akan saya bg la korang tgok la periuk nasi kesayangan saya nie..hihhi yg dah bnyak sgt berbakti dalam hdup saya..wakakak… krna die saya sentiasa Kenyang.. ooo.. tp rahsia la jgn gtau org… nanti takot kene rampas.. cian saya.. 
Ok la…membebel je keja kan… papa pon tq to my roommates yg bg idea n cdgn sal my blog..hihihi.. bye2.muah!!