THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, July 25, 2011

kasih sayang :)

Sahabat yang baik...
apabila dipandang wajahnya, membawa mengingati ALLAH...
mendengar kata-katanya menambahkan ilmu..
terlihat gerak gerinya menambahkan ketakutan kepada ALLAH
berkawan dengannya berjuang ke jalan ALLAH









(^_^)!!! perlunya kasih sayang 
 antara sahabat....sebagai penghubung..... :)



Sunday, July 24, 2011

(^_^)!!!!!

Sahabat..apa ertinya…..!!!!

Disaat aku gembira.ramai yang menghampiri…
Berkongsi cerita,menumpang gembira..
Sentiasa  ada untuk bersama…

Sahabat….
Disaat aku menggapai awan…menjulang kejayaan..
Kau ada seinci dekatnya denganku..
Sentiasa ada untuk bersama..

Sahabat…
Ada ketika aku kesedihan….
Kau hilang entah kemana…
Disaat aku memerlukanmu..
Kau jauh berbatu dariku….
Andai hari ini, reality persabahatan dapat diungkap…
Pasti ada yang menangis……
Kerana sukar dan peritnya mencari sahabat yang bisa ada bersama..
Sama ada suka atau duka………….

Sahabat…
Andai isi hatiku kau kupas,dan kau selami..
Pasti akan ada kejutan…..
Tanpa kau tahu..aku menangis dalam solatku…
Aku merintih dalam doaku…..
Terkadang aku terasa..terkadang aku merana……

Sahabat….
Andai aku bukan yang terbaik..maafkan aku sahabat..
Andai aku bukan teman yang kau cari….
Carilah yang lebih baik dariku……
Andai kalam kata ku mengguris hati kecilmu…
Ampunkan aku wahai sahabat…….
Namun apa yang dapat aku ungkapkan…
Sepanjang persahabatan kita..itulah saat yang paling indah buatku
Yang xmungkin dapat kulupakan hingga ke mati………..!!!!!!!!

mun_bulan (^_^)!!!

Monday, July 11, 2011

Im A Nurse...

Sedar xsedar skunk nie..dah masuk tahun akhir dah. dah macam2 pengalaman yang dilalui sepanjang 2 tahun yang penuh dengan dugaan, rintangan dan cabaran,namun semua 2 sangat mematangkan diri sendiri. Mengubah diri dari seseorang yg cetek dalam ilmu kesihatan dan sains sehingga kini mampu bangga dengan diri sendiri kerana bakal menjadi seorang NURSE!!!!




















Nie adalah sebahagian dari kenangan semasa tahun 1, sampai sekarang masih ingt. :) hihih.... kata org kenangan yang macam  nie xkan dapat kat mna2...so simpan la kenangan nie supaya bila dah keje nanti dapat ingt semula..mesti sweeet kan..!!!! :)




Jom kenal personaliti anda,, :)

Ramai memperkatakan tentang cara mengenal personaliti, dan terkini, masyarakat Jepun melalui agensi cari jodohnya menggunakan teknik mengenal pasti personaliti mengikut jenis darah. Personaliti melalui jenis darah kedengaran agak pelik? Mari sama-sama kita lihat.


























1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)

Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.
Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.

Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.

Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.


2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)
Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.

Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.

Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.

Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.


3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)
Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.
Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.

Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.

Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.


4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).
Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.

Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.

Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.

Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.

Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.

Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.



p/s macam betol. :)

Sunday, July 10, 2011

Tolong!!!! nk demam..running nose.. :(

Waa..sedihnya... demam rindu ker demam apa nie?? Erm,xlarat sgt,,, badan panas jer.. nie mesti sbb makan durian yang die beli tadi nie.Tula, nk mkn sgt durian,kan dah demam...YaAllah.. mintak2 la baik cepat...nak kene wat asgemnt nie... objektif dah siap...nak wat jer xlarat g rasanya..


















MAKAN MMG SEDAP...PAS2... Seee the consequence!!!!



** erm, bila die dah balik terus nak demam... :( harap esok ok!!! nite semua

Terharu dengan kata2 kamu sayang.. :)

Tiada kata2 yang dapat diluahkan setelah membaca ayat2 yang ditulis oleh MUHAMMAD RAUSYAN... kata2 yang menyentuh perasaan dan membuatkan diriku terasa berharga sekali.. :) tq sayang..


tanggal 6 mac 2011, termeterailah satu ikatan cinta dua insan antara aku dan si dia. memang sudah lama ku memerhatikannya, melihat kehadirannya di alam maya, mengimpikan wanita sepertinya .Namun sukar untuk mendekatinya kerna pelbagai masalah dan halangan terpaksa ku lalui...setiap kali hadir masalah, akan ku bayangkan wajahnya ketika kali pertama aku bersua muka dengannya disaat ingin memberikan kunci kereta sewa. pada waktu itu, ku akui hatiku berdebar-debar, jantungku berdegup kencang umpama ada yang yg memukul...dalam hati lalu ku berkata"kenapa dengan aku ni,ahhhh!!!!ini cuma mainan perasaan"...bermula dari hari itu...wajahnya sentiasa tebayang dalam benakku. ditambah pula keadaanku yang langsung tidak bahagia...aku benar2 inginkannya. kini ia bukan lagi mimpi,bukan lagi fatasi tp ia benar2 realiti. bunga yang ku intai selama ini menjadi milikku~alhamdulillah.

kebahagiaan demi kebahagian mula mencorak kehidupan ku. baru ku rasa apa itu erti cinta, apa itu erti sayang apa itu erti rindu. aku sedar,aku hanyalah seperti kain buruk yang hanya tunggu dibuang. tp aku tidak pernah berputus asa untuk cuba menjadi yang terbaik di matanya. kerana aku yakin, sejarah hitam yang pernah berlaku dalam hidup ku itu bukannya kehendakku. tp, aku telah terperangkap dengan cinta yang palsu dan penuh hipokrit. tp aku bersyukur kerana aku masih lagi diberi peluang untuk mencintai dan dicintai.terima kasih Ya Allah.......kini aku berharap agar hubungan aku dengan si dia berkekalan hingga di pintu syurga Firdaus. aku berharap dan sentiasa berdoa agar si dia sedia menerima keadaanku seadanya. syukur alhamdulillah, aku benar2 bahagia dengannya.

tanggal 16 mei 2011, aku telah berjaya memenuhi hasrat si dia untuk bersemuka dengan orang tuaku. alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. setibanya di dusun keluarga. ibu bapaku menyambut baik "bakal menantu mereka". senyuman yang manis saling berbalas antara satu sama lain. ku akui.di saat itu, hatiku berdebar kencang!!!!!tapi aku kena berlagak Macho....hehehehe...ibuku telah memberikan sehelai sepersalinan kepada si dia untuk dipakai. terus terang bila ku lihat dia berkain batik, ku bayangkan dialah wanita melayu terakhir untukku...begitu canti dan menawan. hatiku terseyum riang. kemudiaan, ku lihat keakraban antara orang tuaku dengan si dia walaupun baru saja berkenalan. kami memasak bersama, berkngsi cerita dan bergurau senda..untuk pengetahuan dunia....dialah wanita pertama yang ku bawa bertemu dengan orang tuaku.......ini merupakan satu sejarah bagiku.....setelah selesai memasak, kami makan bersama sambil berkongsi cerita. sungguh indah saat ini...sukar untuk ku lupakannya.

tanggal 7 jun 2011, tidak sabar untuk ku bersua dengannya....cutiku telah diluluskan.alhamdulillah....tapat pukul 7pagi aku bertolak ke kelantan dengan menaiki kuda burukku....aku tiba jam 1230pm...tp aku tak dapat terus menemuinya kerana si dia ada urusan....tp aku telah berjanji untuk menjemputnya pada jam 5pm......tepat jam 5 pm...aku menjemputunya...ku akui perasaan berdebar untuk berjumpa dengan orng yang tersayang menguasai jiwa.yaeah!!!!!masing2 melemparkan senyuman.....selama tiga hari aku disana....pelbagai peristiwa menarik telah aku dan si dia lalui..ini lah kenangan paling indah dalam hidupku......alhamdulillah....tq sayang

tanggal 10 jun 2011, aku terpaksa pulang ke pulau pinang kerana masih ada tanggungjawab disana.perassan sedih menguasai jiwa. hatiku meronta2 untuk menghalangku meninggalkannya. air mata berlinangan....sukar untuk berjauhan dengannya...sehingga saat ini aku terasa amat sunyi dan rindu akan senyumannya, gurau sendanya dan belaiannya

Munirah Mohamed...dikaulah permaisuri hidupku...ku yakin tulang rusukku ada bersamamu...izinkan ku menjadi raja dalam hidupmu hingga akhir hayat ku.........

hasil nukilan dari hati yang suci...
(MUHAMMAD RAUSYAN ABD RAHMAN)


Saturday, July 9, 2011

tq ALLAH :)

Sesungguhnya kebahagiaan yang ALLAH kurniakan kepada aku dapat berkekalan sehingga bila2.... kegembiraan yang xdapat diluahkan dengan kata2... Terima kasih Allah... semoga berkekalan sampai bila2.. mungkin ini juga kebahgaiaan yang aku tunggu setelah aku dikecewakan dulu.. alhamdulillah.. :)