THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, July 10, 2011

Terharu dengan kata2 kamu sayang.. :)

Tiada kata2 yang dapat diluahkan setelah membaca ayat2 yang ditulis oleh MUHAMMAD RAUSYAN... kata2 yang menyentuh perasaan dan membuatkan diriku terasa berharga sekali.. :) tq sayang..


tanggal 6 mac 2011, termeterailah satu ikatan cinta dua insan antara aku dan si dia. memang sudah lama ku memerhatikannya, melihat kehadirannya di alam maya, mengimpikan wanita sepertinya .Namun sukar untuk mendekatinya kerna pelbagai masalah dan halangan terpaksa ku lalui...setiap kali hadir masalah, akan ku bayangkan wajahnya ketika kali pertama aku bersua muka dengannya disaat ingin memberikan kunci kereta sewa. pada waktu itu, ku akui hatiku berdebar-debar, jantungku berdegup kencang umpama ada yang yg memukul...dalam hati lalu ku berkata"kenapa dengan aku ni,ahhhh!!!!ini cuma mainan perasaan"...bermula dari hari itu...wajahnya sentiasa tebayang dalam benakku. ditambah pula keadaanku yang langsung tidak bahagia...aku benar2 inginkannya. kini ia bukan lagi mimpi,bukan lagi fatasi tp ia benar2 realiti. bunga yang ku intai selama ini menjadi milikku~alhamdulillah.

kebahagiaan demi kebahagian mula mencorak kehidupan ku. baru ku rasa apa itu erti cinta, apa itu erti sayang apa itu erti rindu. aku sedar,aku hanyalah seperti kain buruk yang hanya tunggu dibuang. tp aku tidak pernah berputus asa untuk cuba menjadi yang terbaik di matanya. kerana aku yakin, sejarah hitam yang pernah berlaku dalam hidup ku itu bukannya kehendakku. tp, aku telah terperangkap dengan cinta yang palsu dan penuh hipokrit. tp aku bersyukur kerana aku masih lagi diberi peluang untuk mencintai dan dicintai.terima kasih Ya Allah.......kini aku berharap agar hubungan aku dengan si dia berkekalan hingga di pintu syurga Firdaus. aku berharap dan sentiasa berdoa agar si dia sedia menerima keadaanku seadanya. syukur alhamdulillah, aku benar2 bahagia dengannya.

tanggal 16 mei 2011, aku telah berjaya memenuhi hasrat si dia untuk bersemuka dengan orang tuaku. alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. setibanya di dusun keluarga. ibu bapaku menyambut baik "bakal menantu mereka". senyuman yang manis saling berbalas antara satu sama lain. ku akui.di saat itu, hatiku berdebar kencang!!!!!tapi aku kena berlagak Macho....hehehehe...ibuku telah memberikan sehelai sepersalinan kepada si dia untuk dipakai. terus terang bila ku lihat dia berkain batik, ku bayangkan dialah wanita melayu terakhir untukku...begitu canti dan menawan. hatiku terseyum riang. kemudiaan, ku lihat keakraban antara orang tuaku dengan si dia walaupun baru saja berkenalan. kami memasak bersama, berkngsi cerita dan bergurau senda..untuk pengetahuan dunia....dialah wanita pertama yang ku bawa bertemu dengan orang tuaku.......ini merupakan satu sejarah bagiku.....setelah selesai memasak, kami makan bersama sambil berkongsi cerita. sungguh indah saat ini...sukar untuk ku lupakannya.

tanggal 7 jun 2011, tidak sabar untuk ku bersua dengannya....cutiku telah diluluskan.alhamdulillah....tapat pukul 7pagi aku bertolak ke kelantan dengan menaiki kuda burukku....aku tiba jam 1230pm...tp aku tak dapat terus menemuinya kerana si dia ada urusan....tp aku telah berjanji untuk menjemputnya pada jam 5pm......tepat jam 5 pm...aku menjemputunya...ku akui perasaan berdebar untuk berjumpa dengan orng yang tersayang menguasai jiwa.yaeah!!!!!masing2 melemparkan senyuman.....selama tiga hari aku disana....pelbagai peristiwa menarik telah aku dan si dia lalui..ini lah kenangan paling indah dalam hidupku......alhamdulillah....tq sayang

tanggal 10 jun 2011, aku terpaksa pulang ke pulau pinang kerana masih ada tanggungjawab disana.perassan sedih menguasai jiwa. hatiku meronta2 untuk menghalangku meninggalkannya. air mata berlinangan....sukar untuk berjauhan dengannya...sehingga saat ini aku terasa amat sunyi dan rindu akan senyumannya, gurau sendanya dan belaiannya

Munirah Mohamed...dikaulah permaisuri hidupku...ku yakin tulang rusukku ada bersamamu...izinkan ku menjadi raja dalam hidupmu hingga akhir hayat ku.........

hasil nukilan dari hati yang suci...
(MUHAMMAD RAUSYAN ABD RAHMAN)


0 comments: