THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, February 24, 2011

SEpAGi BeRsAmA GaJaH...



KISAH GAJAH DIBANTING.. J SERAM +BEST+ MENAKUTKAN = BEST MOMENT IN LIFE




Maka tersebutlah 1 kisah yang menjadi ingtan aku sampai arinie..hihih… kisah aku, bus transnasional dan gajah-gajah… J kisahnya bermula begini…
Pada zaman dahulu, ada sekawna gajah sedang bermain2 di tepi tasik..aih!!!! silap2, 2 intro cter kanak2 la..hihih.. sasul la pulak.. ( dulu msa skoll rendah masuk pertandingan bercerita la katakan..:) )

22/2/2011

Arinie merupakan ari yang paling gembira sbb dapat balik peneng. Apa yang best lagi adalah sbb aku xbalik masa cuti sem ari2, mmg sedih gler la… ALLAH je tahu cam na perasaan aku sbb xdapat balik.. L sedih2… tapi aku amik keputusan untuk balik pada tarikh nie sbb aku kene TEST JPJ!!!!!! OOWW..
Hihih…pendek kata, sambil menyelam minum air la nie kan, alang2 test jpj, terus bercuti la.. hihih..heaven2…  maka cerita aku pon bermual.berapa kali mula dah la.. 

Ptg sebelum nak balik:
Xtau la kenapa perasaan aku lain sangat. Tetiba aku rasa cam xhappy je nak balik. Apa yang merisaukan aku adalah, tetiba jer aku rasa xsedap hati, seolah2 something bda will happen. Aku pon xtau la kenapa…rasa macam ada je benda buruk akan jadi.. ( suspen2)
Dengan perasaan yang xkene, xsedap hati… duduk xkene, berdiri xkene, baring!!! Lagi la xkene (ayat dalam anak mami the movie) ngeh2… tapi mmg aku rasa seolah2 aku dah nak mati je,xtau la naper, then aku mintak maaf kat kawan2 aku yang terdekat termasuk roommates aku la, kang mintak maaf kat semua, terkejut lak diorang..hihih


Jam 9.00 malam :
Dengan perasaan yang berat hati nak naik bus, aku pon naik n masa nak g kat bus, tyra my best frenns yang anto kan.. dalam bus, aku diam jer… tp aku still rasa semacam, ada jer yang xkene, aku rasa takot. Dalam otak nie, terpikir kemalangan jer.xtau la naper aku pkir cam 2. Sepanjang perjalanan mmg aku xleh nak tdo, aku rasa cam bus nie bawak laju..die siap main corner g..bawal laju nak mampus. Kalo la die tahu masa 2 aku dah kecut perut kot kat sit belakang…hihuhuh…sabo je la.. sampai la 1 tempat..JENG2…
1.44 am ( agak2 la…silap sory )hihiih

Tetiba jer bus bergerak perlahan..suspen gler aku..
Dalam hati : awat pulak dah nie…berhenti xpasai2…erm.. aku dah la mmg tengah takot.
Ok,pas2 bus 2 lintas semua keta yang lambt kat depan.. n kami bus aku duduk depan sekali..then…



SURPRISE.. ADA GAJAH MELINTAS UPAYANYA…ptt la semua keta berhenti, mujur die xngamuk n pemandu 2 cepat2 tutup lampu bus. Aku punya la takut masa 2.. bukan apa, aku takot die tolak bus mauk gaung, jenuh.. aih, risau gler… aku terus capai spek mata aku yang berhabuk2 then dapat gok gajak dengan jelas.. YA ALLAH.. LIFE KOT TGOK GAJAH 2 DEPAN MATA… beberapa meter jer dari aku, n aku dapat tgok die berjalan melintas bus kami.. mmg SEJARAH la, sbb mmg aku xpernah tgok gajah depan2… ada juga gajah yang lalu sebelah bus…uuuu.. best moment gler!!!!!
Hampir  10  minit kami tunggu, tapi hairannya gajah 2 xbergerak pon. Naik hairan la kami semua, kalo die xjalan, cam na bus nak lalu kan.. J hihih last2, baru tau.. sbb dengar pemandu bus jerit.

GAJAH BRANOK!!!! GAJAH BERANOK!!! ( GAJAH BERANAK)HIHIH…
Ptt la die xjalan,ihih… dah hampir 15 minit, gajah 2 pon ketepi jalan n bus pon jalan macam biasa… 2 jer la.. mmg suspen la.. J n sweet moment sangat.. xsemua org dapat tgok tau
p/s dah 2 tahun lalu jalan yang sama nak balik dari kelantan ke pulau pinang, 2 la kali pertama jumpa..

Monday, February 14, 2011

BiLa aKu bErBiCaRa tEnTanG CiNtA

Cinta…
Terlalu suci untuk aku gambarkan,
Terlalu payah untuk aku ceritakan,
Tapi terlalu mudah untuk kecewa kerana cinta….
Cinta….
Hanya yang mengerti tentang cinta sahaja,
Dengan ikhlas menghargai sebuah cinta…
Cinta..
andai aku kecewa kerana cinta,  
aku pasti aku juga akan gembira kerana cinta…
kerna cinta aku lahir di dunia..
dan kerana cinta juga aku akan kembali kepadaNYA…
cinta….
terlalu payah bagiku untuk menemui dirimu..
berkali ku jatuh dan bagun…
kecewa dan putus asa kerana engkau wahai cinta…
cinta…
andai suatu hari aku jatuh cinta,
aku berharap cintaku hanya kepada seseorang betul menghargai diriku…...
yang akan membawa ku ke SYURGA…
Cinta..
Andai ada lelaki yang mencintai ku…
Berikan aku petunjuk supaya aku tahu…
Dia adalah jodohku..supaya aku tidak mencari lagi…
Cinta…
Ingin ku bina cinta dengan penuh kasih sayang,
Xingin sekali aku khianati cintanya lagi…
Izinkan aku kekal dan bahgia bersamanya..
Hingga ke akhir nafasku…..













Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh ALLAH Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Bersama kita hayati lagi ini yang sangat menyentuh perasaan dan sanubari ku…. YA RASULULLAH oleh Raihan.

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Sunday, February 13, 2011

sedih & sabar

Dalam dunia ini kita sebagai manusia xkan terlepas dari bermacam masalah, seprti juga aku yg sentiasa dilanda masalah yang kadang kala menyebabkan aku lemah dan tak berdaya untuk meneruskan hidup. Dugaan dan cabaran datang melanda bagai tsunami yang merempuh sebuah perkampungan. Kesannya mendalam sehingga terlekat parut. Begitu juga situasiku pada hari ini. Aku merasakn hidupku kosong, entah mengapa perasaan tersebut menyelidap keseluruh mindaku…..


Sambil merenung keluar jendela, aku terpikir nasb diriku, mengapa berat dugaan yang harus aku lalui dari sehari ke sehari sehingga ku rasakan yang aku sudah tidak mampu untuk bernafas dengan sempurna. Terasa sesak yang teramat di dada ku memikirkan kelakuan dan perasaan ku yang sering berubah-ubah….

Aku tidak tahu mengapa persaan ini muncul dalam diriku, kurasakan aku KESEORANGAN ,KESEPIAN tidak berteman. Perasaan ku bercampur baur sehingga aku jadi give up untuk teruskan hidup. Mengapa??? Mengapa dan mengapa???erm….

Mungin aku seorang yang mudah terasa dan mengambil sesuatu perkara dengan terlalu serius. Aku berharap kesedihan aku dapat dilupakan dengan secepatnya kerana aku masih mahu menjalani kehidupan yang normal dan tidak hanya selalu bersedih setiap masa..

Setiap manusia yang sentiasa diduga dengan masalah adalah kerana ALLAH ingin menguji kekuatan dan ketaatan hambanya… inilah yang menyebabkan aku menjadi kuat dan aku gembira kerana ALLAH masih sayangkan aku.. ALHAMDULILLAH…


Pangilan hangit @ silap call??

Arinie rasa nak gelak guling2…hahah.. sgt lawak apa yg jadi today.. ceritanya bermula begini……….
Sedang leka aku memasak SPAGGETI tetiba aku dikejutkan dengan 1 panggilan talipon oleh org yg xdikenal… maka, dengan perasaan ragu, aku pon menjawab penggilan tersebut..

Lelaki: salam, awak munirah ker???

Aku:ye saya munirah n awak nak cakap dengan siapa??

Lelaki: saya nak bercakap dengan munirah..

Aku:owh..saya munirah. Ada pa ye?? ( curius)

Lelaki: saya BROTHER LOVE dari XFRESH FM..

Aku: ha?? SAPA NIE??xkenal la….. awak siapa??( tangan masih dok mengacau kuah spaggeti)hihih

Lelaki: awak pernah dengar radio XFRESH FM x???

Aku: pernah…tapi masa kat umah la.. kat u xdengar sbb xde radio.(aku menjawab dengan slumber)

Lelaki: macam nie..boyfrens awak ada nak sampaikan dedikasi untuk awak… so die suruh saya sampai kan..

Aku: eh???bila pulak aku ada boyfrens..cam na lak leh call..hahah… (gelak kecil sbb masih blur, dalam masa yg sama dok cari garam n tepung..hihih

Lelaki: oo..bukan boyfrens awak la..kalu macam 2.. mesti die nie peminat awak nie. Nama die khairuddin. Awak xkenal ker???

Aku:HA???? Xpernah dengar pon nama die… awak silap org kot nie.. biar btol..(dalam hati dok pasan dah..)

Lelaki : ooo..my b awak xkenal sbb die peminat awak kot. Tapi papa pon panggilan suara anda sedang dirakam, so awak ada apa2 ucapan ke untuk pendengar XFRESH FMdiluar sana??

Aku: ( still blur..hihih) ok2…selamat makan semua, sbb saya tgah masak spaggeti nie, hihih…

Lelaki: 2 je ke?ada papa lg ker??

Aku: xde2..yg 2 je la..hihih

Lelaki:ok2… terima kasih.

Aku: same2 ( dan terus letak tipon dalakm keadaan yg masih xpaham)..hihih

2la cter yang jadi ptg tadi masa aku tgah masak untuk mkn tengah hari. Terkejut aku ooo.. sapa laky g mnat kat aku 2. Papa pon aku xnak la pasan sgt, takot ada yg nak pekena je.hihih. papa pon mmg terbaik la..: )
Mmg suspen btol la, terbaik la..kah2.. ok2..tomorrow nak g ke penang, ada keje, see u agan.. miss u all. Muah2.. 
P/s tdo jgn lupa bca doa sbb takot mimpi kene kejar ZOMBI macam aku..kah2..  salam

Thursday, February 10, 2011

its me mun!!!..hihih...


salam ai semua... sapa la kat atas 2..hhih... aku la 2, cihat ke semua??? aku?? sihat2... baru sahaja lepas mkn spageti buatan sendiri..mmg sedap la!!! menjilat jari..hiih..
skunk nie dah nak dekat2 pilihan raya kampus nie, makin hot la rasanya. terasa kot bahangnya, papa pon make sure korang turun mengundi. jangan nak membuta je kat bilik. kalo nak tau PRK USM tahun lepas 60% je student yang turun.. xsepattnya benda cam nie terjadi tau. UNDI adalah sgt penting, so aku nak tahun nie semua pakat trun mengundi ok.!!


xde alasan lagi. korang tau x yg undian korang 2 sangat bernilai n berharga???
$$$$ hhi..maksud aku bukan dut, just kalo korang xpilih org yang sepatutnya naik untuk jadi pemimpin.. nanti jgn la kecoh pulak bila xde perubahan kat kampusla... pemimpin MPP xwat keje la.
so make sure korang turun untuk mengundi. MASA DEPAN UNIVERSTI DAN JUGA KEBAJIKAN PELAJAR penting ok!!!






dah la...xlarat nak membebel panjang2.. mau tdoo sebentar. ptg nie nak g makmal untuk cross..uuuhh.:( mals2. daaa..salam.



Wednesday, February 9, 2011

1 permulaan


ASSALAMUALAIKUM W.H.B ……

Akhirnya setelah beberapa lama saya berfikir untuk wat my own blog akhirnya hari ini saya telah Berjaya wat blog. Mulanya xnak buat sbb takot bz n xsempt nak meng update kan my blog, tp akhirnya setelah lama berfikir, xpelah.. ok jugak kalu wat blog nie kan sbb dpt kongsi idea dgn kawan2 n korang boleh la tau serba sedikit pasal saya
 .
                       Nama diberi MUNIRAH MOHAMED 모하메드





Hiih…that’s my name munirah yang bermaksud YANG BERCAHAYA..   mesti korang tertnya2 why letak nama MIZZ SCLERA kan?? Hihi…korang akan tahu bila dah selalu ikot perkembangan my blog… dari mata turun kehati..GTU~~~

4 ur information.. im taking DIPLOMA NURSING .. DI USM kubang kerian Kelantan.. jauh bebenor la dari umah saya..kat na umah saya??? Asalnya penang tp lahir kat negeri Sembilan.. 

Saya nie seorang yang simple but sgt SENSITIF..00..mudah terasa sebenrnya saya, tp kalo saya terasa dgn sapa2 pon saya akan diam je..tp muker saya mmg xleh nak sembunyikan. Kawan saya ckp kalo saya marah mmg nampak sgt mukar saya marah..hihihi..

Apa lg ek pasal saya..hihi… kalo tgok cter HANTU..HOHO…saya lah manusia yg sgt suker menjerit, n kalo jerit biasa je xperla..nie x..kalo saya jerit mmg kuat gler la… mau terkejut org.. yg lawaknya… kalo saya jerit tgok cter anto…kawan saya mesti akan jerit selepas sya jerit. Tp yg lawaknya…die jerit bukan sbb takot..tp sbb dengar saya jerit..hahah.. funny!!! ~~ guling2 aku gelak..hihihi

Tapi apa yg best about me adalah SAYA SUKER MASAK!!!!! Hihihi…
Mcam2 benda saya dah masak n saya masak just guna periuk nasi yg berjenama PENASONIC..mmg periuk 2 tagan sampai sekarang.dah nak masuk 2 tahun sy pakai. Bukan saya nasi, bubur, tomyam,bihun sup, sup cendawan je.tapi baru2 nie saya buat pudding roti kukus guna periuk nasi2..hihihi…

Nanti kalo ada masa…akan saya bg la korang tgok la periuk nasi kesayangan saya nie..hihhi yg dah bnyak sgt berbakti dalam hdup saya..wakakak… krna die saya sentiasa Kenyang.. ooo.. tp rahsia la jgn gtau org… nanti takot kene rampas.. cian saya.. 
Ok la…membebel je keja kan… papa pon tq to my roommates yg bg idea n cdgn sal my blog..hihihi.. bye2.muah!!